First kali meh nak kenalkan...yang bergaya lagi bijaksana ni la big boss saya...memang terkenal orangnya...kalau siapa2 yang tak kenal tu, ini la Prof. Dato' Dr. Ibrahim Komoo, merangkap supervisor pertama saya..banyak tulisan ilmiah beliau terpampang di dada-dada akhbar terutamanya Berita Harian..mereka2 yang rajin baca paper tentang isu-isu alam sekitar pasti akan pernah terbaca penulisan beliau...beliau merupakan pengarah di SEADPRI (Institut Kajian Bencana Asia Tenggara, UKM) dan juga orang paling penting yang memperkenalkan Langkawi sebagai Geopark.
Wanita yang cantik persis Aishwariya Rai ni pulak bos kedua saya...habis study je saya terus jadi pembantu penyelidik kepada beliau...nama beliau Prof. Dato' Dr. Norzaini Azman...ramai yang menyangkakan bos saya ni lelaki tetapi sebaliknya, beliau merupakan wanita yang bagi saya cukup packagenyer...pandai, cantik, cekap dan etc..beliau merupakan idolaku merangkap supervisor keduaku...melalui beliau lah saya mula terjebak dengan kajian Langkawi sedikit demi sedikit...Dan beliau jugalah yang banyak memberi sokongan, dorangan dan bantuan dari segi kewangan dan moral support untuk saya sambung PhD dalam bidang Pemuliharaan Warisan Biologi dan Pendidikan Awam di Langkawi Geopark...lalalalala

Kakak cun yang macam wanita timur tengah di sebelah saya ni pulak namanya Dr. Sharina...hehehe...beliau merupakan supervisor ke 3 saya...supervisor paling bongsu dan paling muda dan kuanggap seperti kakakku sendiri...kepada beliaulah tempat saya mengadu, meminta nasihat dan meluahkan perasaan bila berkait dengan kajian penyelidikan...kekekeke...thanks yer kak. Ina sanggup melayan kerenah saya...hehehehe~~
Gambar ni saya snap waktu first time di suruh datang Langkawi untuk program pendidikan awam Geopark...time ini aku disuruh mengikuti satu program temubual pelajar dan guru Sekolah Menengah Tunku Putra, satu-satunya sekolah di Langkawi yang diiktiraf menjadi sekolah angkat Langkawi Geopark..Keterujaan pada masa tu tuhan saja yang tahu...almaklumlah tak pernah jejak bumi Langkawi yang indah ciptaannya...dan di sinilah ceritera cintaku buat Langkawi...waktu ni aku hanya jadi pemerhati dan belajar cara-cara menjalankan penyelidikan dan temubual...
Ini pulak rakan-rakan seperjuangan aku yang turut membuat kajian penyelidikan mereka di Langkawi but from different background...seorang kaji media, sorang lagi kaji mangrove di Kilim...hehehe...time ni we all terlibat dengan pameran sempena 4th International Conference on Geopark 2010...time ni ada lebih 40 delegasi geopark seluruh dunia turun ke Langkawi dan membentangkan kertas kerja masing-masing...penat tapi sangat beruntung dapat melibatkan diri dengan aktiviti seperti ini...hehehe...thanks bos...
Gambar-gambar ni sekitar bengkel Penerapan Nilai Sepunya dalam kalangan komuniti di Kilim Geoforest Park 1 dan 2 di Galeria Perdana Langkawi... sambil berbengkel sambil melawat galeria...hehehe..free la katakan...Bengkel Nilai Sepunya ni merupakan kajian yang dijalankan antara UKM dan Charles Darwin University, Australia...time ni wakil penyelidik dari Australia, Dr. Arturo Izuerita & Dr. Natasha Stacey tidak dapat hadir bersama-sama...bengkel ni melibatkan pelbagai stakeholders di Kilim Geoforest Park dan cuba membincangkan isu-isu semasa di KGP Langkawi...Bengkel ke 3 akan diadakan pada 20-23 Oktober 2011 ni,,,horrreeeyyyy, Langkawi tunggu kehadiran kami di sana...paling best pada bengkel kali ke tiga ni dapat melawat tapak2 di Kilim dan melihat keindahan ekosistem bakau yang memukau pandangan di Langkawi...
Last but not least, cite pasal coklat...semua orang tahu Langkawi terkenal dengan duty free n syurga coklat..tak terkecuali saya, tiap kali pergi Langkawi, tak sah kalau tak beli coklat...sebenarnya saya bukanlah penggemar coklat, makan coklat pon jarang-jarang...tapi saya suka beli sebab mak saya seorang penggemar coklat...bila balik kampung bawak coklat, muka mak tersenyum lebar...hehehe...hanya orang2 tertentu sahaja yang dapat coklat ini...orang2 yang saya sayang dalam hidup saya....love u all...last sekali, thanks bos...I LOVE LANGKAWI...

























