Saturday, October 8, 2011

~Ceritera Langkawi~

Dah lama tak update blogku ini...usang dah jadinyerr...hehehe...Kali ni nak cite pasal Nilai Sepunya lagi...ada member2 di UKM slalu tanya saya..."ko g Langkawi hampir setiap bulan tu buat apa erkh?? korang nak tau kan...meh saya story  morry kat entry ni...


First kali meh nak kenalkan...yang bergaya lagi bijaksana ni la big boss saya...memang terkenal orangnya...kalau siapa2 yang tak kenal tu, ini la Prof. Dato' Dr. Ibrahim Komoo, merangkap supervisor pertama saya..banyak tulisan ilmiah beliau terpampang di dada-dada akhbar terutamanya Berita Harian..mereka2 yang rajin baca paper tentang isu-isu alam sekitar pasti akan pernah terbaca penulisan beliau...beliau merupakan pengarah di SEADPRI (Institut Kajian Bencana Asia Tenggara, UKM) dan juga orang paling penting yang memperkenalkan Langkawi sebagai Geopark.



Wanita yang cantik persis Aishwariya Rai ni pulak bos kedua saya...habis study je saya terus jadi pembantu penyelidik kepada beliau...nama beliau Prof. Dato' Dr. Norzaini Azman...ramai yang menyangkakan bos saya ni lelaki tetapi sebaliknya, beliau merupakan wanita yang bagi saya cukup packagenyer...pandai, cantik, cekap dan etc..beliau merupakan idolaku merangkap supervisor keduaku...melalui beliau lah saya mula terjebak dengan kajian Langkawi sedikit demi sedikit...Dan beliau jugalah yang banyak memberi sokongan, dorangan dan bantuan dari segi kewangan dan moral support untuk saya sambung PhD dalam bidang Pemuliharaan Warisan Biologi dan Pendidikan Awam di Langkawi Geopark...lalalalala


Kakak cun yang macam wanita timur tengah di sebelah saya ni pulak namanya Dr. Sharina...hehehe...beliau merupakan supervisor ke 3 saya...supervisor paling bongsu dan paling muda dan kuanggap seperti kakakku sendiri...kepada beliaulah tempat saya mengadu, meminta nasihat dan meluahkan perasaan bila berkait dengan kajian penyelidikan...kekekeke...thanks yer kak. Ina sanggup melayan kerenah saya...hehehehe~~



Gambar ni saya snap waktu first time di suruh datang Langkawi untuk program pendidikan awam Geopark...time ini aku disuruh mengikuti satu program temubual pelajar dan guru Sekolah Menengah Tunku Putra, satu-satunya sekolah di Langkawi yang diiktiraf menjadi sekolah angkat Langkawi Geopark..Keterujaan pada masa tu tuhan saja yang tahu...almaklumlah tak pernah jejak bumi Langkawi yang indah ciptaannya...dan di sinilah ceritera cintaku buat Langkawi...waktu ni aku hanya jadi pemerhati dan belajar cara-cara menjalankan penyelidikan dan temubual...


Ini pulak rakan-rakan seperjuangan aku yang turut membuat kajian penyelidikan mereka di Langkawi but from different background...seorang kaji media, sorang lagi kaji mangrove di Kilim...hehehe...time ni we all terlibat dengan pameran sempena 4th International Conference on Geopark 2010...time ni ada lebih 40 delegasi geopark seluruh dunia turun ke Langkawi dan membentangkan kertas kerja masing-masing...penat tapi sangat beruntung dapat melibatkan diri dengan aktiviti seperti ini...hehehe...thanks bos...





Gambar-gambar ni sekitar bengkel Penerapan Nilai Sepunya dalam kalangan komuniti di Kilim Geoforest Park 1 dan 2 di Galeria Perdana Langkawi... sambil berbengkel sambil melawat galeria...hehehe..free la katakan...Bengkel Nilai Sepunya ni merupakan kajian yang dijalankan antara UKM dan Charles Darwin University, Australia...time ni wakil penyelidik dari Australia, Dr. Arturo Izuerita & Dr. Natasha Stacey tidak dapat hadir bersama-sama...bengkel ni melibatkan pelbagai stakeholders di Kilim Geoforest Park dan cuba membincangkan isu-isu semasa di KGP Langkawi...Bengkel ke 3 akan diadakan pada 20-23 Oktober 2011 ni,,,horrreeeyyyy, Langkawi tunggu kehadiran kami di sana...paling best pada bengkel kali ke tiga ni dapat melawat tapak2 di Kilim dan melihat keindahan ekosistem bakau yang memukau pandangan di Langkawi...




Last but not least, cite pasal coklat...semua orang tahu Langkawi terkenal dengan duty free n syurga coklat..tak terkecuali saya, tiap kali pergi Langkawi, tak sah kalau tak beli coklat...sebenarnya saya bukanlah penggemar coklat, makan coklat pon jarang-jarang...tapi saya suka beli sebab mak saya seorang penggemar coklat...bila balik kampung bawak coklat, muka mak tersenyum lebar...hehehe...hanya orang2 tertentu sahaja yang dapat coklat ini...orang2 yang saya sayang dalam hidup saya....love u all...last sekali, thanks bos...I LOVE LANGKAWI...

Thursday, February 3, 2011

Sepetang di Lata Allagar

Pantang jumpak lata...huuuuuuuu
tiap kali balik kg op coz g mandi kat Lata...(o_o)

Thursday, January 20, 2011

World Heritage Site (Langkawi Geopark)

Dayang Bunting Marble Geoforest Park
Langkawi Nature Indicator

Kilim Geoforest Park
Beautiful Sunset (Tanjung Rhu)
Beautiful Sunset (Chenang)
Langkawi Geosite

Dataran Lang Langkawi

View of Dataran Lang


Wednesday, January 19, 2011

Pecah Kelapa vs Pecah Kepala


Hari ni cuti thaipusam...xtau nak buat apa...nak tidoq, mata ni dah xleh lelap since 6.30 pg tadi..so aku habiskan masa merepek kat sini je la...huuuuuu...Nape aku letak gambar kelapa ni...sebabnya bila sebut thaipusam ja, mesti sinonim dengan kelapa...nape ea?...aku sendiri tertanya-tanya...hari ni baru aku tau...Thaipusam ni adalah festival agama Hindu, yang mana banyak dirayakan oleh umat Tamil. Festival ini dilakukan pada saat Bulan purnama pada kalender Tamil sekitar Januari/Februari. Thaipusam itu berasal dari kata: Pusam yang berartikan Bintang pada posisi tertingginya. Dan kelapa adalah salah satu simbol penyucian....huhuhhu...

p/s: Kalau perayaan aku, org sibuk cari kelapa tuk wat santan n kerisik tuk masak rendang...hehehehe...kulit kelapa pulak jadi bhn api masak lomang....

Malayan Tapir


Ni pulak subjek kajian masa wat MSc tahun 2009...Aku wat kajian tentang 'Daily Behaviour of Mother and Twin Tapir in Captivity'.  Species ni dikenali sebagai Malayan Tapir...Orang kampung cek panggil cipan@tenuk@tapir@badak tampung...Tapi orang sains bagi nama kat spesies ni Tapirus indicus..huhu...Aku wat kajian tentang anak kembar tapir...yang bestnyer, anak kembar tapir ni yang pertama di Asia dan di dunia...Spesies tapir ni jarang sangat dapat anak kembar...slalunya anak tapir sekor aje..Kembar tapir ni sekor nama May, sekor lagi nama Jun...sekor lahir bulan May,  sekor lagi lahir bulan Jun, selang seminggu  ja...hahaha...Yang bestnya kena kaji kelakuan harian 2 ekor kembar ni 24 jam sehari selama 2 minggu...waktu siang kembar2 ni aktif main kat kawasan kandang, bila malam dua2 ekor lena...aku pulak yang stress tengok depa lena...aku kena berjaga malam2 sampai pagi...Kat dalam kawasan hutan pulak tue...seram bulu roma kot...mcm2 dengar..huuuuuuuu...kajian ni kat Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungai Dusun...(*_*)


My First Research Subject...


Ni gambar time aku final year degree tahun 2008...Gambar ni kat Zoo Tepeng...Sempat posing ngan beruk kentoi...hahahaha....waktu ni aku ngan member aku, Iddiana (Iddi) terpaksa bertapa di Zoo Tepeng sebulan tuk mengkaji daily behaviour spesies beruk ni...Kajian aku berkisar tentang kelakuan agresif dan mengalah beruk kentoi di dalam kurungan...Nape aku pilih beruk ni sebagai subjek kajian?? Aku juga mengkaji kesesuaian pemuliharaan ex-situ untuk spesies2 terancam dalam usaha untuk memastikan spesies ni tidak pupus di habitat asalnya...Sebenarnya spesies ni merupakan salah satu spesies yang semakin terancam...Taburan habitatnya bermula dari China ke India hingga ke Utara Semenanjung Malaysia. Beruk ni hanya boleh di temui di utara Perlis (sgt jarang), thailand, Burma, Vietnam dan Bangladesh...Nama saintifiknya ialah Macaca arctoides. Keunikan spesies ni ialah mukanya yang berwarna merah, berbulu kelabu dan berekor pendek. Bulu bayinya berwarna putih krim dan bertukar menjadi kelabu apabila menjangkau usia remaja...Beruk-beruk ni sangatlah agresif di dalam kurungan di Zoo Tepeng...pantang tengok pengunjung, mulalah beruk2 ni tunjuk action dengan goncang pagar kurungan sekuat hati...huhuhu...Dah lama aku tak g Zoo Tepeng...last g time antar laporan tesis aku ni kat zoo 3 tahun lepas...uwaaaa...rindunya time praktikal ngan member2 kat zoo walaupun setiap hari kena marah ngn supervisor zoo yang ala2 sengal tue...hahahahaha...Last but not least, aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada supervisor aku time tu Prof. Madya Dr. Badrul Munir Md Zain yang banyak membantu aku siapkan tesis ni dan tamatkan pengajian aku dalam bidang Biologi...(@_@)

Tuesday, January 18, 2011

                                                                Lady slipper orchids

Cantik kan orkid ni...orkid ni digelar 'lady slipper orkid' atau dalam melayunya orkid selipar..Nama saintifiknya Paphiopedilum rothschildianum..Apa keunikan orkid ni sebenarnya??Kalau nak tahu, orkid ni merupakan spesies endemik di Sabah...Endemik??..hehe...endemik tu maksudnya spesies tersebut hanya wujud di situ, xde dijumpai di tempat lain...Orkid ni kini menjadi orkid rasmi negeri Sabah...huhu...bestnya kalau berpeluang tuk tengok sendiri spesies orkid ni..Kalau diberi peluang nak je aku kaji spesies orkid ni & lindungi habitatnya supaya xpupus for d next generation...